ARTIKEL SEBELUM

31/12/09

Berita baik untuk Rakyat Satu Malaysia




PUTRAJAYA: Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini. -BERNAMA


Ha ha ...happy new year semua...... kira ok la tu baru 20 sen naik...bila lagi kita nak bantu kerajaan ha.. ha.. ha ..dengar cerita roti gadenia pun naik sekupang esok ....aku ngeluh dekat tokeh kedai bila dia bagi tau..... yang roti pun akan naik harga..huh !! takde yang turun semua naik..ha pangkah lagi sampuk di member aku tengah tolak buah dam untuk naik aji ........

cis mike mana tau ..sampok seorang penyokong fanatik umno ,itu ler pembangkang aysik nak bangkang ajer kerajaan, takde satu pun yang elok bila kerajaan buat patut kome bersyukur kerana BN banyak bantu kita ,apa lagi yang kome endak...kata Umgok itu..

bersyukkur kepala otak kau...kamu ingat semua rakyat senang macam deme ( wakil Rakyat) , ini baru gula, kamu tak pikior ke..barang lain yang naik. aku nak tanya mike ? anak mike ada berapa orang..he he he dia jawab saya bujang bang .. cis.... ni aku anak 5 semua sekolah kamu bayangkan berapa duit aku habis nak mulakan penggal persekolah ini.Beli baju,kasut ,alat tulis tu aku dah perabis berapa satu kepala ,belum lagi bayar yuran dan buku teks itu aku pun tak hairan pasal aku masih mampu bayar bukan nak belagak ..

tapi kita kena ingat orang yang susah dimerata cerok kampung yang hidup ala kadar cukup makan jer, bayangkan betapa sensara nya mereka bila semua barang naik....woi udah ler tu..nak main ke nak sembang politik !! celah member aku ..ok lah jalan... lar turn kamu lar bongok !! celah di sahabat aku...

Biar ler naik pun naik lar tak tara mana rakyat marah... esok soh ler demer, kerana melayu mudah lupa kata dimember aku sambil ketawa ..a ha.. ha ..ha ..




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud