ARTIKEL SEBELUM

19/11/09

SPRM Tak Boleh Buat Over time...?




KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.

Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.

Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. / Bernama.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud