Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.
Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser payudara dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.
Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.