ARTIKEL SEBELUM

8/11/09

Awas kerajaan kedah mungkin boleh tumbang ?



Umno Kedah akan melancarkan slogan atau tagline berbunyi 'BN Menang Kedah Senang' bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya
supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.lagi disini


Ini amaran kepada Mb Kedah dan pakatan rakyat kedah ,bunyi macam Umno berangan -angan tetapi ini adalah hakikat dan matlamat mereka .Masih kah kita ingat Slogan " Gelombang biru di Trengganu " tak sampai empat tahun Pas memerentah hancur jatuh kerajaan Pas yang dipimpin oleh T.G Haji Hadi ,itulah slogan atau tagline umno Trengganu pada masa itu dan akhirnya umno berjaya menawan kembali Ganu Kite..

Kini umno kedah@ubn telah memasang impian untuk menawan kembali negeri Kedah bukan pada pru 13 ini ,tetapi ia telah pun bermula sejak umno tewas pada pru 12 lagi ,contoh dengan menawar adun adun pakatan untuk melompat parti seperti kes mantan adun V.Arumugam Bukit Selambau .

Kalau Ust Azizan sebagai orang nombor satu Kedah tidak mengambil kira dalam hal ini atau tak ambil kisah ,mungkin apa yang terjadi pada gelombang biru diTrengganu akan berulang di Negeri Jelapang padi ini .
Mujur kedah tiada hasil minyak seperti Trengganu kalau tidak mungkin umno kedah akan dapat perutukan wang ehsan pula ?cuma yang ada royalti minyak gamat itu pun nak ditukar kepada wang ehsan kerana ia diambil jauh dari daratan ....he he he ( ni lawak jer ).

Apa apa pun kita berharap,kerajaan Pakatan rakyat jangan ambil mudah dengan pelancaran tagline ini oleh TPM Muhyidin Yasin nanti , kerana kalau alpa padah menanti. Apa-apa pun kita berharap dasar kerajaan negeri dibawah pakatan rakyat hendaklah ditingkatkan dan berusaha lebih lagi dan untuk kebajikan rakyat agar mereka ini terbela dan tidak berubah hala memangkah Ubn nanti.












posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud