Piala Monsoon 2009 yang akan memasuki tahun kelimanya dalam aksi perlumbaan kapal layar di Pulau Duyong, di sini dari 1 hingga 6 Disember ini akan menawarkan hadiah paling lumayan dalam mana-mana acara sukan layar dunia, menjangkau jumlah USD454,000 (RM1.57 juta).
Peningkatan jumlah hadiah itu adalah hasil sokongan penaja utama Piala Monsoon, yang merupakan peringkat perlumbaan pusingan akhir buat World Match Racing Tour (WMRT).
Pemenang akan menerima RM360,000 (USD104,000) manakala pasukan terakhir (di tempat ke-12) akan menerima RM50,000 (USD14,400).
Gilmour berkata peningkatan hadiah tunai itu berpunca daripada peningkatan komitmen penajaan dari kalangan penaja utama dan juga kerajaan negeri Terengganu dalam menyediakan kemudahan yang cukup baik, di samping sokongan antara kerajaan yang membawa acara itu ke tahap yang lebih tinggi.
Penasihat lumba Piala Monsoon Datuk Peter Gilmour berkata peningkatan jumlah hadiah itu menjadikan perlumbaan tersebut menawarkan hadiah paling tinggi dalam acara sukan kapal layar tahun ini.sumber