ARTIKEL SEBELUM

1/09/09

VIRUS RM1@FULUS1




Kita mendapat hadiah istimewa dari kerajaan BN sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Aidil fitri tahun ini apabila harga petrol mula naik mulai tengah malam tadi. Alasan atau hujah yang sering kita dengar dari kerajaan ialah kerajaan tak dapat nak tanggung sabsidi , harga minyak dipasaran antarabangsa naik ,minyak kita lebih murah dari negara lain dan dengan perbagai alasan lagi dari kerajaan untuk menaikan harga minyak .Dengan menaikan harga minyak kerajaan dapat menjimat rm420 juta kata menteri Ismail Sabri .
Kesan yang kita dapat selepas ini hasil dari kenaikan harga minyak ialah virus minyak( RM1 @ Fulus 1 ). Apa itu virus minyak (RM1 @ FULUS1 ) ? iaitu penyakit berjangkit hasil dari kenaikan minyak iaitu harga barang naik ( BN ). Sudah tentu pemborong, pengilang ,tokeh lori akan main tarik tali antara satu sama lain mengenai kos minyak dan akhir sekali peruncit, penjaja terpaksa menaikan harga barang kerana untuk menampung kos penghantaran dan akhirnya pengguna yakni rakyat menjadi mangsa.Inilah hadiah dari kerajaan untuk rakyat semperna kermerdekaan malaysia dan sambutan aidil fitri tak lama lagi. Jadi apa lagi yang hendak kita bangga dan kata ,terima jelah kenaikan itu tak payah nak berdemo demo lagi dah letih....ikut jer....yang penting PRU13 kita ubah kerajaan lama kepada yang baru dan lihat perubahan baru dengan suasana baru pula dah letih pakai baju lama moh kita tukar baju baru..masa tu baru kita tagih janji dari kerajaan baru abih cerita..... apa apa pun terimakasih kepada kerjaaan kerana Rakyat didahulukan matlamat lantak pi la..

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud