Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat dan menawan Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007,
Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit. msiakini