“Saya sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja. Kalau nak buat, buat cara baik, jangan perkecil dan pertikai akidah kita, jangan kata kita luaran saja dalam tidak, sebab ini akan menimbulkan kekalutan dalam masyarakat, yang penting kita buat dengan baik.
“Penilaian sama ada yang kita buat diterima atau tidak, itu bukan kerja kita, kerja Allah. Jadi yang penting kita beri tumpuan pada cara UMNO untuk membangunkan umat Islam dan pada masa sama kita tidak lupa untuk berlaku adil kepada bukan Islam,” katanya.Link
Udah lah jangan kita layan kenyataan isu ini , ini isu dah lapok bila dah tersepit baru nak mintak hulur tangan nak bersatu , bila masa Umno gagah dan kuat apa UBN tak buat dekat parti Pas sehingga sanggup singkir pas dan selalu melebel pas parti Pak Lebai Atau parti kampung sahaja.Pas bukan nak menghina atau menperlekehkan umno cuma kita lihat sebagai parti pembagkang tugas utama sesebuah organisasi atau parti pembangkang adalah untuk menergur apa yang tak betul bukan nak mengkritik tak tentu pasal itulah sistem demokrasi namanya.Kita lihat kenyatan Pm berkata Apa yang umno buat diterima atau tidak hanya Allah menentukannya bukan orang Pas...
Kita membenar apa yang dikatakan oleh Pm 1 Malaysia, bukan manusia yang menentukan soal terima atau tidak amalan atau perbuatan seseorang insan,Hanya Allah jua yang menentukan kemana hambanya akan di humban kelak sama ada syurga atau neraka menurut amalan dan keikhlasan niat hamba itu . Akan tetapi kita ada panduan yang diberi oleh Allah iaitu Al Quran dan Hadith untuk membimbing umat manusia , itulah panduan yang menyelamatkan manusia, yang wajib kita turuti dan laksanakan supaya kita tidak tersesat didalam kegelapan .Kita melihat selama ini dasar umno memang jelas menolak apa yang wajib keatas seorang yang mengaku dan mengucap dua kalimah sahadah dgn mengambil panduan Al Quran hanya separuh mengikut selera mereka ,sedangkan kita sebagai hamba wajib taat dan patuh padaseluruh suruhan dan larangan Allah dan rasulnya. Jadi masih saya teringat lagi kata-kata Tok guru dalam satu ceramahnya suatu masa dulu:
"kalau umno laksakan apa yang diwajikan oleh Allah didalam segala urusan pemerentahan dan kehidupan malam ini juga pas dibubarkan ,kerana tak perlu Pas nak bersusah payah lagi dalam nak menegakan daulah islam di Malaysia kerana Umno telah melaksanakan perkara yang wajib disuruh oleh Allah dan Rasul serta meninggal apa yang dilarang nya ".
Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.
Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan. bvsk