ARTIKEL SEBELUM

21/08/09

RESPON TOK GURU NIK AZIZ ISU SYURGA DAN NERAKA

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud