ARTIKEL SEBELUM

19/08/09

Ekstremkah Nik Aziz?


Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama. Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam. "
(Berita harian online)

Sebenarnya media dan puak puak umno tiada modal politik nak hentam TGNA...mungkin dah tak ada idea atau isu nak hentam Tok Guru maka isu agamalah yang dimainkan...nak hentam Tok Guru makan Rasuah mungkin tiada isu ,nak hentam tok guru buat harta langsung tiada, bagi projek dekat kroni dan anak pun tiada isu, nak kata tok guru kaki betina atau kaki enjoy jauh sekali ..jadi pendek cerita pemimpin umno dan media pengampu mereka tiada isu nak diputar terhadap Tok Guru, jadi isu atau kenyataan berunsur agama yang diucapkan berginilah yang dimainkan dan diputar belitkan dan didendangkan untuk kepentingan politik sempit mereka terutama menjelang setiap kali adakan pilihan raya tak kira kecil atau besar untuk meraih undi dari rakyat dengan memburukan TGNA .
Itulah dia bila pemimpin Melayu serta akhbar pengampu yang jahil tentang agama, kemudian bercakap dan memesongkan keyataan TGNA hingga mengatakan beliau ekstrem dan kata mereka siapa Nik Aziz yang boleh menentukan seseorang boleh masuk syurga atau neraka . Memang benar syurga neraka bukan urusan Nik Aziz ,tetapi kalau kita faham maksud apa yang di ucapkan oleh tok Guru benda ini tiada isu sebenarnya dan yang menjadi masalah bila puak2 dan juak2 yang tak faham atau mungkin ada yang faham tapi buat buat tak faham demi nak mengampu atau nak makan gaji .Disini antara contoh kenyataan yang mungkin selalu kita dengar dari puak puak tadi yang diulas dalam media pengampu mereka antaranya.

1) Bila ada pemimpin2 berkata jika dilakukan hujum hudud (potong tangan) maka habislah tangan2 orang islam dan macamana orang islam nak kerja dan cari makan.

2) Bila ada pemimpin2berkata kata jika dilakukan hukum hudud (rejam sampai mati) maka habis lah batu-batu kat malaysia ni

3) Bila ada pemimpin2 berkata hukum hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana masyarakat majmuk (terdiri daripada islam dan bukan islam)

4) Nak Makan sup tangan pergi ke Kelantan.

5 ) Negara Malaysia tak sesuai laksanakan hudud kerana belum masanya lagi.

6 ) Malaysia adalah negara islam dengan adanya banyakMasjid, Bank islam ,Universiti islam, Tabung Haji,adanya Jakim ,Pusat Islam dan ini lah tanda aras bahawa islam telah tertegak di malaysia.

Begitulah jahilnya puak puak ini . Undang2 ciptaan manusia diagung2kan sedangkan undang2 yg Allah nyatakan degan jelas dalam al-quran diperolok2kan...direndah2kan seolah2 hukum yg Allah turunkan ini tidak langsung sesuai pada zaman ini. Mereka juga tidak menjelaskan dengan sebenar sehingga bila orang bukan islam mendengarnya menjadi takut...dan beranggapan hudud itu tidak berperikemanusiaan.

Begitulah permainan kata kata yang jahat dan khianat terhadap agama. Mereka sanggup menodai kesucian agama islam....mereka sanggup merendah2kan hukum Allah....mereka sanggup menipu orang islam dan sanggup menakut2kan orang bukan islam demi untuk mengekalkan kekuasaan mereka untuk memerintah Malaysia ini. layak kah merek masuk syurga Allah dengan keyataan bergini atau gugur kah akidah manusia dengan kenyataan bergini? dengan terang terang ada niat dalam hati menyanggah hukum yang datang dari Allah (khalik) dan apakah puak puak tadi merasa lebih hebat dari Allah seolah- olah hudud Allah tak sesuai di laksanakan didunia atau di Malaysia .

Apakah jenis manusia seperti ini..??

Layakkah kita melantik mereka memimpin negara ini???

Ingatlah pesan Allah "apabila sesuatu masyarakat itu melantik pemimpin yang terdiri dpd orang2 yg fasik, jahat dan jahil maka tunggulah hari kehancurannya"


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud