skip to main |
skip to left sidebar
skip to right sidebar
Gambar hiasan
- LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji. Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpengaruh dengan harta dunia. Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!)
- LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bersihkan diri dengan bertaubat. Gembirakan hati orang Mu'min. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
- LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Mengucap dua kalimah syahadat. Suka memberi sedekah. Berkata benar. Bersihkan dan perbaiki hati
- LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat. Sucikan perkataan dan pakaian. Bersyukur dengan yang sedikit. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
- LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Jauhkan perkataan yang sia-sia. Pendekkan cita-cita dunia. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH. Banyakkan sedekah dan khairat
- LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. Berpegang teguh dengan hukum syara'. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.
- LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Banyakkan membaca al-Quran. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu. Tinggalkan perkara yang maksiat. Jauhkan segala yang haram
- LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh. Kasihi orang yang soleh. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
- LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD. Kasihilah Nabi ALLAH. Kasihilah Rasulullah. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.
- LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.
posting terkini dari batuvskayu