ARTIKEL SEBELUM

16/07/09

PAS Vs UMNO+BN+ JENTERA KERAJAAN PUSAT





Kalah 65 undi tetapi dianggap satu kemenangan bagi Umno ,riuh rendah media media arus pedana dengan ulasan pemimpin mereka mengatakan rakyat melayu telah berubah dan menerima kepimpinan 100 hari Dato Najip dan kununnya orang melayu telah menolak PR dan Pas amnya . Inilah hakikat yang terpaksa kita dengar dihalwa telinga kita bermula dari keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR, mereka menyatakan umno telah pulih dari ombak thsunami politik 2008 dan mereka mengatakan angin perubahan dari rakyat khususnya orang melayu sedang bertiup kencang.Adakah dengan pengurangan majoriti sehingga 65 undi di Manik Urai Umno sudah mengangap telah berjaya memulihkan bahtera yang hampir karam ini. Biasalah setiap Pilihan Raya Kecil di mana mana kat Malaysia = Pas Vs Jentera kerajaan+Umno+BN @ Malaysia Vs Manchester United ha.. ha.. ha.. macam langit dengan bumi ini contoh jer..
Macam macam ada... dari duit + beg sekolah + jalan tar + jambatan akan dihadiahkan malah pengundi akan dijadikan anak emas pula sekira BN menang bayangkan tawaran hebat musim raya kecil Manik Urai.Tetapi dalam sejarah PRK di kelantan memang menarik sebagai contoh ;

Dun Pengkalan Pasir dalam PRK 2005 Pas kalah 134 undi tetapi dalam PRU 12 2008 Pas menang 2348 majoriti.

Dun Semarak dalam PRK 1997 Pas kalah dengan 778 undi tetapi dalam PRU 1999 menang pula dengan 1475 majoriti.

Dun Pulai Chondong Pas menang majoriti 118 undi dalam PRK 1996,tetapi dalam PRU 1999 Pas menang pula dengan majoriti 2318.

Inilah senario budaya politik orang Kelantan yang memang cedik.Mungkin mereka mengangap kalau Umno menang pun tak jejas Kerajaan Tok Guru.tetapi bagi kepimpinan Pas dan Pakatan Rakyat amnya harus muhasabah dan mesti membuat post mortem dari segala aspek tentang kemerosotan undi yang begitu banyak ini.Walaupun Umno mengangap ini adalah kemenangan mereka tetapi pada hakikatnya Pas tetap pemenang di Manik Urai.
Jika Umno BN yakin sangat bahawa adanya angin perubahan pada rakyat.Sila bubarkan Dun di Perak dan adakan pilihanraya dalam masa terdekat ini.Barulah kita dapat melihat sejauh mana angin perubahan yang dikatakan itu.Adakah betul adanya angin perubahan atau sekadar Syok sendiri.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud