KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.
"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bil-hikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," kata Nik Aziz.
ulasan;
Ni le masalahnya pemimpin Umno ,bila kata parti umno macam ajaran ayah Pin dan macam komunis marah riuh satu malaysia ,akhbar dan media arus pedana terus mengecam Tok Guru Nik Aziz,malah pemuda umno buat report polis mengatakan Nik Aziz menghasut rakyat.
Bila diajak berdebat tak nak pulak,belum DS Najib menjawap pelawaan TGNA pengampu,pengimpas dah bagi jawap dulu kata mereka tak mendatangkan faedah berdebat yang ruginya orang melayu.Melayu rugi atau umno rugi?kalau macam ni bila nak selesai masalah.Kalau debat itu tak memberi kebaikan kementerian pelajaran harus mengharamkan sesi debat yang selau dianjurkan diuniversiti dan sekolah sekolah di malaysia kerana hasil debat itu tak berfaedah pada penuntut dan pendengar debat itu.
selagi DS Najib selaku orang Nombor satu dalam Umno takut untuk mencabar pelawaan TGNA selagi itu lah masalah ni tak dapat nak diselesaikan,berdebat bukan nak cari siapa yang menang tetapi untuk merungkaikan kebenaran dan kebatilan.dan akhirnya tidak timbul kegelisahan dan salah faham antara dua parti tebersar orang melayu dimalaysia ni.