Ummi Salamah r.a
di sini saya cuba kongsikan dengan rakan2 bloggers, akan adab2 kita semasa menziarahi si mati, dan keluarga si mati:
1 Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."
2 Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)
3 Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
4 Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
5 Segera menziarahi jenazah
6 Zikir dan membaca Al-Quran dengan suara yg perlahan
7 Tidak menceritakan aib jenazah
8 Tidak meninggikan suara ketika berbual-bual
9 Segerakan pengurusan jenazah
10 Sembahyangkan jenazah
kemudian, apakah tujuan kita menziarahi jenazah tadi?
1) Laksanakan tanggungjawab seorang Islam terhadap saudaranya
2) Kerjasama menyelenggara urusan jenazah
3) Sampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati
4) Zahirkan simpati terhadap keluarga si mati
5) Ingatkan kematian kepada orang yang hidup
6) Kukuhkan hubungan silaturahim
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini