ARTIKEL SEBELUM

28/06/09

KALU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BUAT KENYATAAN INI


PUTRAJAYA, 27 Jun — Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.

“Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.

“Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat,” katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Majlis makan malam itu dianjurkan MCA dan persatuan-persatuan Cina untuk mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan kata beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu.

“Setiap tahun pula kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk saraan guru-guru SJKC dan ia merupakan jumlah yang besar. Jangan sekali-kali lupa bahawa ini adalah sumbangan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan kaum Tionghua di negara ini.

Najib juga berkata, kerajaan sedang dalam proses untuk mengiktiraf beberapa universiti di China bagi membolehkan kedua-dua negara memperoleh manfaat yang besar pada masa akan datang.– BERNAMA

MCA bodek sikit, hilang ‘Ketuanan Melayu’.

ULASAN:


SIAPA BONEKA SIAPA NI , KALAU NIZAR BAGI TANAH KAT CINA ,TOLONG SRJK CINA RIUH SATU MALAYA DAN DUNIA NIZAR BONEKA CINA ABIH GADAI HAK ORANG MELAYU LE....KALAU bN OK PULAK, MANA PEMIMPIN MELAYU , NGO MELAYU PEKIDA ,PROF PRO UBN ,IBRAHIM ALI MOH KITA TUNTUT HAK KITA SEBAGAI KETUANAN MELAYU DAN BUMIPUTRA... KITE FIKIRLE RAMAI RAMAI SIAPA HIPOKRIT DALAM ISU INI . BARU DIJAMU DALAM MAKAN MALAM JE ABIH NAK DIBERINYA HAK KITE.


LU FIKIR LE RAMAI RAMAI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud