ARTIKEL SEBELUM

24/12/14

Laluan timur barat Jeli-Grik runtuh

KOTA BHARU - Laluan timur barat dari Jeli ke Grik, Perak ditutup kepada semua kenderaan kerana jalan di kilometer (km) 66 berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Banjaran Titiwangsa runtuh malam ini.

Difahamkan sebahagian daripada jalan tersebut runtuh akibat hujan lebat sepanjang hari ini.

Pada masa sama, jalan di km 40 jalan Lojing, Gua Musang turut runtuh dan laluan ditutup untuk semua kenderaan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan Azli Mohd. Noor.

Beliau berkata, pihak polis sedang menunggu maklumat lanjut kerana kejadian baru berlaku.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud