ARTIKEL SEBELUM

8/01/14

KDN isytihar Comango pertubuhan haram

 

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menurutnya “memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan haram.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid Shariff menyebut, Comango tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.

“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b).

“Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan haram," kenyataan itu dipetik.

Jelasnya, KDN mendapati hanya 15 dari 54 pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah Comango berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Menurutnya, pertubuhan itu juga didapati memperjuangkan "hak yang menyeleweng daripada agama Islam", iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

Comango pada Oktober lalu menyerahkan satu laporan berhubung isu agama dan hak LGBT di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Geneva.

Dalam satu kenyataan segera, pengerusi bersaa Jatawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew Khoo berkata keputusan berkenaan merupakan tindakan "memeranjatkan dan tidak wajar".

Katanya, kerajaan bekerjasama dengan Comango sepanjang proses UPR sejak 2008.

"(Kerajaan) diberikan salinan laporan UPR Comango pada Mac 2012," kata Khoo.

"Tiada apa-apa berlaku sehingga organisasi konservatif Muslim menggariskan aspek larpoan Comango, yang tidak dipersetujui oleh mereka, dan menuntut tindakan dikenakan ke atas Comango," katanyalagi.

Tambahnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak menghormati kebebasan berekspresidan hak berpersatuan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Khoo pernah bekerjasama dengan Comango tetapi tidak menganggotai gabungan NGO tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud