ARTIKEL SEBELUM

19/09/13

Laungan Takbir bergema di Mahkamah Taiping...


Syukur alhamdulilah Hakim Mahkamah Tinggi Taiping hari ini telah menerima permohonan dari barisan peguambela orang kena tuduh untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap mereka minggu lalu oleh Mahkamah Syesen K.Kangsar kerana membantah majlis angkat sumpah Menter Besar Perak 5 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.

Kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin. Menurut sumber kesemua OKT telah memberi kerjasama sepanjang tempoh perbicaraan serta berkelakuan baik dan hadir setiap kali perbicaraan kes dijalankan.

Bagaimana pun mereka dilarang membuat sebarang kenyataan di media atau laman sosial semasa tempoh penangguhan hukuman.

Suasana yang berbeza telah berlaku di hadapan Mahkamah Tinggi Taiping hari ini dengan sorakan serta laungan takbir dari hadirin apabila menerima perkabaran baik dari kamar Mahkamah, berbeza dengan suasana sedih dengan tangisan ahli keluaga OKT bila ahli keluarga mereka di jatuhkan hukuman serta merta  oleh Mahkamah Syesen minggu lalu.

Dari permehatian saya jika di lihat dari raut wajah mereka yang didakwa kemuanya tidak ada menampakan raut wajah seperti seorang penganas, kesemua menampakan  muka bersih dan baek baek belaka,  


Mungkin 13 orang  ini  menerima nasib yang kurang baik dari kalangan ratusan  atau ribuan yang hadir lima tahun dahulu, jika diikut  ramai lagi yang kecewa dan memberontak di hadapan Masjid Ubudiah kerana terlalu marah cara rampasan kuasa yang berlaku terhadap kerajaan pilihan rakyat masa itu.

Moga selepas ini diharap OKT ini  dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah dari pertuduhan  kes ini agar mereka boleh hidup bersama keluarga masing masing..
 

Wasalam....
 

Mantan MB Perak turut hadir 
Antara barisan peguam Orang Kena Zalim



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud