ARTIKEL SEBELUM

20/09/13

Jentera kerajaan disalah guna ketika PRU13


 



 SUBANG JAYA: Seorang wakil dari NGO pemantau pilihan raya yang menjadi saksi dalam prosiding Tribunal Rakyat semalam mendedahkan bahawa wujud penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Yasmin Masidi dari Badan Bebas Pemantau Pilihan raya (Pemantau), dalam keterangannya semalam mendakwa penyalahgunaan jentera itu bukan sahaja berlaku di peringkat pusat, malah juga di peringkat negeri.

Dalam pemerhatian mereka sepanjang PRU13 lalu, Yasmin berkata pihaknya mendapati jentera kerajaan termasuk milik Felda, Felcra dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga turut disalah guna sepanjang tempoh itu.

Katanya, sebanyak 22 peratus laporan yang diterima daripada keseluruhan kawasan Parlimen merujuk isu penggunaan jentera kerajaan pusat dan negeri.

Justeru, beliau yang membentang laporan pemerhatian berdasarkan maklum balas dari 2,000 sukarelawan Pemantau, membuat kesimpulan PRU tidak bersih.

“Pemantau membuat kesimpulan PRU 13 tidak bebas sepenuhnya dan tidak adil,” katanya seperti dilaporkan Selangorku.

Yasmin berkata, Pemantau juga menggesa beberapa penambahbaikan kepada undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pilihan raya bersih dan adil.

Antaranya, kata beliau, ialah meminda beberapa peraturan undang-undang agar menghormati prinsip kebebasan yang menepati aspirasi Perlembagaan Persekutuan.- Harakah Daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud