ARTIKEL SEBELUM

19/09/13

Datuk Suhaimi nafi laporan sejumlah kereta mewah dirampas SPRM, miliknya

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim hari ini menafikan laporan akhbar hari ini bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud