ARTIKEL SEBELUM

12/07/13

Polis, DBKL punca huru-hara

Panel ditubuhkan kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kuasa berlebihan terhadap penyokong berbaju kuning dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 tahun lalu sehingga menyebabkan kekacauan di ibu negara Kuala Lumpur.

Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.

Kerajaan menubuhkan panel itu bertujuan menyiasat dakwaan keganansan polis terhadap peserta perhimpunan dan wartawan pada 28 April, 2012. Mereka menyerahkan laporan 500 muka surat terhadap penemuan mereka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.sumber memberitahu panel mengkritik polis kerana sikap keras kepala dalam berurusan dengan peserta perhimpunan selepas mereka merempuh kawat dawai di Dataran Merdeka.

Laporan menyertakan kronologi sebelum, semasa dan selepas perhimpunan yang diadakan untuk menuntut pilihan raya bebas dan asil.

Penyiasatan sepanjang tahun lalu menyebabkan ahli panel membuat kesimpulan polis menggunakan kekerasan terhadap provokasi.

“Sebelum 3 petang, polis bertindak secara profesional,” kata sumber dan menambah maklumat ini diperolehi daripada 70 video yang dihantar pasukan polis kepada panel.

“Tetapi selepas 3 petang apabila beberapa peserta perhimpunan memecahkan kawat dawai di Dataran Merdeka, huru-hara tercetus," katanya.

Polis mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan, mengejar mereka di beberapa tempat di tengah bandar. Majoriti yang menjadi sasaran adalah mereka yang berbaju kuning Bersih.

"Polis mempunyai kekurangannya, tetapi sudah belajar daripada kesilapan melalui apa yang berlaku semasa Bersih 3.0,” kata satu lagi sumber.

Buktinya adalah ketika perhimpunan Black 505 yang dianjurkan oleh pembangkang untuk membantah penipuan pilihan raya, kata sumber berkenaan.

DBKL dipersalahkan kerana tidak menguruskan dengan baik sebelum perhimpunan apabila memberikan alasan tidak munasabah mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan, tambah sumber itu.

“DBKL boleh menguruskan dengan lebih baik untuk elak kekecohan.”

Panel membuat kesimpulan DBKL tidak memberikan alasan munasabah tentang mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan. Panel perlu menerima alasan itu kerana DBKL adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap tapak bersejarah itu," katanya.

Panel juga mengkritik syarikat milik kerajaan SPNB kerana pengurusan bas dan keretapi ke ibu kota.

“Pada hari itu keretapi dan bas berhenti masuk ke bandar dalam langkah untuk tidak menggalakkan penyokong Bersih 3.0 daripada masuk ke tengah bandar,” kata sumber itu.

Laporan 500 muka surat itu juga mendapati kesilapan pihak lain termasuk media, di mana panel berpendapat gagal untuk menjaga keselamatan wartawan mereka.

“Kebanyakan editor memberitahu wartawan mereka untuk menjaga diri, tetapi tidak ada garis panduan mengenai apa mereka perlu lakukan apabila situasi tidak terkawal seperti yang berlaku pada hari itu,” katanya.

Panel juga menyatakan kebimbangan terhadap kesedaran orang ramai mengenai undang-undang dan risiko demonstrasi.

Sumber juga mendedahkan walaupun penyiasatan memanggil 45 saksi, panel tidak hanya bergantung kepada testimoni mereka.

“Panel mengkaji laporan media, blog dan media sosial. Polis dipanggil untuk mengesahkan laporan,” kata sumber lain.

Panel itu walau bagaimanapun diboikot pembangkang dan penganjur Bersih 3.0 yang tidak gembira dengan terma rujukannya.

Pembangkang bertegas panel tidak mempunyai kuasa undang-undang dan kredibiliti untuk memanggil mana-mana saksi.

Fakta mengenai pengerusi panel, Hanif yang memberikan komen berat sebelah bagaimana perhimpunan Bersih 3.0 dirancang oleh komunis menambah kepada kehilangan kredibiliti panel berkenaan.

Bagaimanapun, ahli pembangkang terbabit dengan pendengaran Bersih 3.0 dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Kekurangan pembabitan orang ramai adalah salah satu sebab mengapa panel membuat keputusan untuk mencari bukti di atas talian.

“Penemuan tidak lengkap seperti diharapkan kerana ramai saksi enggan hadir,” kata sumber itu dan menambah sebelum menerbitkan laporan mereka, panel juga menyemak laporan dikeluarkan Suhakam mengenai perhimpunan sama.

Sementara sumber yang diwawancara berpendapat laporan mereka adil, mereka tidak pasti sama ada kerajaan akan mendengar cadangan diberikan oleh panel.

Turut dilaporkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada laporan panel akan dikongsi bersama orang awam. – MI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud