ARTIKEL SEBELUM

26/06/13

Adun Tanjung Sepat terjatuh ekoran jeti runtuh




KUALA LUMPUR: Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan yang dilaporkan terjatuh ekoran jeti runtuh semalam memaklumkan beliau tidak mengalami kecederaan serius.

Beliau yang dibenarkan keluar hospital jam 9.45 malam tadi, bagaimanapun kecederaan itu menyebabkan beliau tidak boleh rukuk, sujud dan melangkah kaki dengan sempurna.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyatnya yang membantu, prihatin yang menziarahi serta mendoakan kesihatannya.

"Beliau redha kerana itu Ilahi mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa atau mungkin untuk rehat bersama keluarga seketika," katanya di laman Facebooknya.

Katanya sebaik sahaja berita kejadian yang menimpanya, beliau mengambil sikap untuk tidak memberitahu keadaannya sebenar sehinggalah beliau dijelaskan serba sedikit oleh doktor berhubung kecederaan yang dialaminya.

"Sesungguhnya saya harus sujud syukur kerana Allah masih beri peluang menikmati hujan yang membasahi udara jerebu, lantas insaf terhadap tugasan di bahu agar diurus dan ditangani sebaik mungkin," katanya.

Semalam kira-kira jam 2 petang Adun PAS itu jatuh apabila jambatan konkrit sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat runtuh ketika beliau bersama jawatakuasa nelayan membuat lawatan ke kawasan terbabit.

Ekoran itu beliau telah dikejarkan ke Hospital Banting.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Difahamkan ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.-HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud