ARTIKEL SEBELUM

9/04/13

Bapa OKU mahu mengundi sebagai wakil anak



Seorang bapa kepada seorang pengidap sindrom down berkata beliau akan mengundi bagi pihak anaknya, 25 tahun yang didapati didaftarkan tanpa pengetahuannya di kawasan parlimen Kota Raja.

Ruslan Abd Razak, 58, berkata, beliau akan bertindak demikian untuk mengelakkan anaknya, yang turut mengidap kecacatan mental kekal itu, dijadikan pengundi hantu.

"Anak saya yang OKU (Orang Kelainan Upaya) telah didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuan saya. Ini adalah bukti yang menunjukkan wujudnya pengundi hantu.





 




"Saya terkejut apabila saya menerima slip mengundi. Saya ingatkan surat menyurat dari Kebajikan Masyarakat. Tapi bila saya koyak sampul saya terkejut ia daripada orang yang paling handsome di Malaysia (Perdana Menteri)," katanya.


Dalam sidang media bersama pemimpin PAS Selangor di Shah Alam hari ini, beliau turut menunjukkan slip "Undilah BN" yang diposkan ke alamat rumahnya.

"Saya akan mengundi bagi pihak anak saya nanti," kata Ruslan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud