ARTIKEL SEBELUM

17/09/12

Cina tidak takut sokong Pas

DUNGUN - Isu rampasan tanah, kemiskinan, masalah setempat dan kemelut peneroka di Felda akan menjadi senjata utama Pas untuk mempengaruhi pengundi bagi memastikan kerusi Dun Paka yang sehingga kini masih milik Umno bertukar tangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bekas Adun Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Paka naik mendadak berikutan beberapa pendekatan dikatakan menyenangi hati rakyat termasuk golongan bukan Islam.

Beliau berkata, buktinya masyarakat Tionghua sudah mula hadir pada program anjuran Pas berbanding sebelumnya biarpun mereka berbeza agama dan keturunan.

Katanya, senario ini menggambarkan perjuangan Pas sudah mula diterima masyarakat pelbagai kaum dan sudah berani menunjukkan sokongan secara terbuka.

"Hubungan Pas dengan bukan muslim sebenarnya sudah lama, hari ini kita lihat Pas sudah memecah tembok berlainan kaum.

“Buktinya Pas sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun, tapi orang Cina di sana tetap boleh beribadat tanpa masalah, ia membuktikan bahawa Pas merupakan sebuah parti yang bukan fokus kepada suatu bangsa sahaja, tetapi untuk semua kaum, sesuai dengan slogan ‘Pas for All’,” katanya.

Satiful Bahri berkata demikian ketika ditemui pada majlis Aidilfitri bersama masyarakat kaum Tionghua, dekat sini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri berkata, kemenangan Umno banyak bergantung kepada peti undi di kampung tradisi seperti di Santong, Felda dan perkampungan nelayan.

Namun katanya, gelombang rakyat yang ingin melakukan perubahan memberi isyarat bahawa Pas mempunyai potensi besar untuk merampas kembali kerusi Dun Paka yang dimenangi Umno pada pilihan raya lalu dengan undi majoriti 433.

Dalam PRU12 lalu, Satiful tewas di tangan calon BN, Zakaria Abdullah dengan 433 undi.~ SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud