ARTIKEL SEBELUM

1/11/09

Keputusan bola EPL games11




Arsenal 3 - 0
Tottenham
Bolton 0 - 4
Chelsea
Burnley 2 - 0
Hull City
Everton 1 - 1
Aston Villa
Fulham 3 - 1
Liverpool
Portsmouth 4 - 0
Wigan
Stoke City 2 - 2
Wolves
Sunderland 2 - 2
West Ham
Man Utd 2 - 0
Blackburn
Birmingham V Man City
West Ham V Aston Villa


Liverpool tersungkur

LONDON - Arsenal membenam Tottenham dengan dua gol menerusi Robin van Persie, yang menjadi inspirasi kemenangan 3-0 ke atas pasukan musuh di utara London itu pada perlawanan di Stadium Emirates, semalam.

Kemenangan itu membawa skuad Arsene Wenger itu naik ke tangga kedua Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan pertama ke atas Spurs sejak Disember 2007.

Aksi semalam, Gunners agak kecewa pada babak pertama namun akhirnya mengejutkan Spurs dengan dua gol dalam tempoh seminit sebelum rehat.

Penyerang Belanda, Van Persie memulakan jaringan pada minit ke-42 apabila bijak menyambar hantaran silang Bacary Sagna.

Tottenham terus menerima tamparan apabila ketua pasukan Gunners, Cesc Fabregas mencuri bola dan meloloskan diri dari pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan yang melepasi Heurelho Gomes pada minit ke-43.

Van Persie melengkapkan hari malang skuad Harry Redknapp pada minit ke-60.

Jaringan tersebut bermula apabila pengadil Mark Clattenburg mengarahkan permainan diteruskan walaupun Benoit Assou-Ekotto mengkasari Eduardo dan ketika pemain pertahanan Tottenham tercegat, Van Persie sekali lagi menyambar bola lintang Sagna untuk jaringan jarak dekat.

Dalam pada itu, pemain Arsenal, Nicklas Bendtner mengalami kecederaan pangkal paha dan mungkin tidak beraksi selama sebulan.

Wenger berkata, Bendtner yang dimasukkan pada lewat babak pertama mengalami kecederaan 'agak serius'.

Kemenangan itu turut mengekalkan rekod tanpa kalah Arsenal dengan Spurs sejak dekad lalu.

"Ia perlawanan yang sengit dan sukar di babak pertama kerana kami sama-sama beraksi baik. Apabila kami menjaringkan gol pertama, mereka (Spurs) pada asasnya sudah menyerah kalah,'' kata Van Persie.

Kemenangan itu memberikan Arsene Wenger mata ke 1,000 liga sejak menyertai Arsenal 13 tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, Tottenham telah dikendalikan oleh 13 pengurus dan gagal memberi tekanan terhadap dominasi Arsenal di utara London. - AGENSI


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud